Learning Outcomes Ver. 2

HPP1: Pengetahuan (Knowledge)        

Mengetahui asas, teori dan prinsip ilmu pelbagai bidang dan disiplin berkaitan sains forensik.

HPP2: Kemahiran Psikomotor/Amali/Teknik (Psychomotor/ Practical/ Technical Skills)

Menjalankan kerja-kerja makmal serta pengurusan penyelidikan berkaitan bidang sains forensik berasaskan teknologi ICT.

HPP3: Pemikiran Kritikal dan Pendekatan Saintifik  (Critical Thinking and Scientific Approach)

Mengaplikasi ilmu dengan menyelesaikan masalah secara kritikal dan analitikal bagi membuat keputusan dalam kes-kes berkaitan forensik.

HPP4: Kemahiran Berkomunikasi (Communication Skills)

Berkomunikasi dengan  kemahiran berinteraksi yang positif dengan pelbagai agensi, pegawai dan individu yang relavan terhadap bidang sains forensik.

HPP5: Kemahiran Sosial/ Kebertanggungjawaban (Social Skills & Responsibility)

Menjalankan tugas demi kepentingan masyarakat dan bertanggungjawab memperluaskan ilmu sains forensik kepada umum.

HPP6: Pembelajaran Sepanjang Hayat dan Pengurusan Maklumat (Life Long learning & Information Management)

Meningkatkan kebolehan diri dengan mempelajari teknik-teknik baru serta menjalani kursus-kursus peningkatan ilmu yang berkaitan sains forensik.

HPP7: Kemahiran Pengurusan dan Keusahawanan (Managerial & Entrepreneural skills)

Meningkatkan kebolehan diri dalam pengurusan dan penglibatan diri dalam bidang keusahawanan

HPP8: Profesionalisme, Nilai, Sikap dan Etika (Profesionalisme, Values, Attitudes  and Ethics)

Mengetahui latar belakang sistem perundangan jenayah, kaedah persembahan bukti saintifik serta teknik memberi keterangan di mahkamah bagi memastikan kes yang dikendalikan dilakukan secara profesional dan tidak menyalahi undang-undang

HPP9: Kemahiran Kepimpinan (Leadership)

Menjalankan tugas dengan nilai-nilai kepimpinan untuk memajukan bidang sains forensik